
PETALING JAYA: Berang akibat hisap vape dalam asrama dipercayai punca beberapa pelajar dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Ranau.
Ketua Polis Ranau, Simiun Lomudin berkata masing-masing lima pelajar berusia 15 hingga 17 tahun ditahan semalam dan hari ini.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai pelajar yang memukul dikatakan tidak berpuas hati dan marah kepada mangsa (pelajar) yang menghisap vape kerana menyusahkan pelajar asrama lain,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku 3 Ogos lalu dan hanya tular di media sosial semalam.
Katanya, semuanya kini dalam lokap dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.
Semalam,…