Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Kalah Rose & Jack Ni” Aksi Sweet Ustaz Ebit Lew Bersama Isteri Atas Kapal Dipuji Netizen

today15 December 2020

Background

Seperti yang ramai sudah tahu, kebaikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini bagaikan tiada penghujungnya apabila ada sahaja golongan susah yang akan dibantu olehnya.

Namun, sebagai penutup tahun 2020 yang penuh mencabar ini, Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan untuk membawa isterinya yang tersayang untuk bercuti ke Pulau Langkawi sambil menikmati keindahan pulau tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

” Ujian berat covid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang. Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer.”

Dalam masa yang sama, caption yang ditulis oleh pendakwah itu turut mencuri perhatian apabila beliau sempat kongsikan kata-kata yang sering keluar dari isterinya apabila beliau membantu orang ramai.

Walaupun sering berasa penat selepas selesai menjalankan tanggungjawab di luar, namun menurut Ustaz Ebit, semua rasa letih itu akan hilang sejurus dapat menatap wajah isterinya di rumah.

Ramai netizen mendoakan kesejahteraan rumah tangga Ustaz Ebit dan isterinya serta berharap agar beliau dapat meneruskan kerja kebajikan tersebut demi untuk membantu orang ramai yang berada dalam kesusahan.

Kita doakan supaya Ustaz Ebit terus diberikan kekuatan dan sama-sama juga kita menderma agar dapat memudahkan urusan beliau.

Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Sumareh taring terbaru Harimau Selatan?

Kuala Lumpur: Nama dua tonggak naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dan Isaac Angking semakin kuat dikaitkan menyertai juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan. Spekulasi itu timbul susulan pendedahan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan kelab terbabit bakal membuat pengumuman khas berhubung kemasukan sekurang-kurangnya lapan pemain baharu menerusi satu sidang media khas, esok. Ia termasuk dua tonggak naturalisasi yang tidak didedahkan Tunku Ismail... Klik sini untuk […]

today15 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *