Tak ada idea nak kemana hujung minggu ini? Apa kata anda turut beramai-ramai, ajak kawan-kawan dan keluarga ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang!
https://www.instagram.com/p/B2rKtB1BVfu/
Tepat pada jam 7:45 malam anda akan disajikan dengan nyanyian daripada barisan artis yang hebat termasuk Khai Bahar, Siti Nordiana, Ismail Izzani, Masdo, Ella, Ziana Zain, Sufian Suhaimi, Neon, Ramlah Ram, Ara Johari dan Datuk Hattan.
Tapi apa yang lebih menarik, selain hiburan daripada artis tanah air, anda akan disajikan dengan satu kejutan iaitu persembahan pembukaan oleh penyampai radio Hot FM & Kool FM!
Penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada Fizie, Shuk & Shuib (Geng Pagi Hot), Deen & Haziq (Jam Hot), Zetty serta penyampai radio Kool FM AG, Muaz & Haiza (PHD Kool), Rea & Linda Onn bakal bergabung untuk menghangatkan lagi pentas pada malam itu nanti.
Jika dapat dilihat menerusi laman Instagram milik Fizie, mereka kini sedang giat melakukan persiapan dengan berlatih menari lagu-lagu yang popular dimainkan di Kool FM.
https://www.instagram.com/p/B21Yf_EFRQ1/
Sebaliknya kalau kita lihat laman Instagram milik AG pula, mereka menari menggunakan lagu hit ketika ini yang diputarkan menerusi radio Hot FM.
https://www.instagram.com/p/B2inA8PFzVb/
Jadi, sesiapa yang ingin menyaksikan persembahan menarik daripada mereka ini harus hadir pada acara Hot Kool Jam (HKJ) di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 28 September ini jam 7.45 malam tau!
Post comments (0)