Kaya dengan kasih sayang sesama manusia, itu lah sifat naluri yang ditanam dan dididik sejak kecil oleh ibu kesayangan kepada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Terdahulu, video rakaman beliau mengunjungi lorong atau sarang pelacuran meraih perhatian warganet setelah beliau dilihat memeluk golongan transgender iaitu golongan mak nyah, sifatnya yang sentiasa ingin mencurahkan kasih sayang sesama manusia itu sememangnya tidak mengira status atau pangkat seseorang.
Hal yang demikian tidak janggal baginya kerana sejak kecil lagi, Ustaz Ebit Lew sudah diajar untuk saling menyayangi.
Walau bagaimanapun, melalui perkongsian terbaharu Ustaz Ebit Lew di laman Instagram miliknya, beliau menjelaskan bahawa sifat penyayang yang dimilikinya kini kerana mungkin dahulunya dirinya tidak mempraktikkan sewaktu kecil bersama ibu dan ayahnya.
View this post on Instagram
Jelasnya, ketika kecil ibunya sentiasa memastikan dirinya itu bersih dan wangi, cara layanan manja yang diberikan itu sentiasa menjadi ingatan buat dirinya, apatah lagi ibunya kini telah meninggal dunia.
“Setiap hari mesti mak peluk kami adik beradik. Tapi saya selalu lap. Mak suruh peluk cium ayah masa tu. Saya tak buat. Sekarangkan setiap hari saya rindu mak. Dia cium rambut saya nak pastikan wangi. Cium pipi, dia nak cek mulut wangi tak. Mak dulu cium ketiak. Nak tahu bau badan anak. Sedih rasa..”
Ustaz Ebit Lew menyifatkan, setiap manusia harus menghargai kasih sayang seorang wanita, apatah lagi mereka yang bergelar ibu.
Jangan apabila mereka sudah tiada baharu hendak terngadah!
Rata-rata warganet memuji sifat yang dimilikinya ini dan berharap agar orang ramai dapat mencontohi nilai kasih sayang dan cinta sesama manusia.
Bukan hanya kepada darah daging sahaja, mencintai haiwan, alam sekitar dan manusia merupakan amalan yang dituntut dalam Islam.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Ebit Lew