Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Bakal Lancar Lagu Baharu Ciptaan Ajai, Shuib Teruja Dapat Duet Dengan Siti Sarah

today25 November 2020

Background

Selepas membuka kedai minuman jenama Bubble Bee yang dilihat semakin laku di pasaran, kali ini pelakon, pelawak, usahawan dan juga penyampai radio Hot FM, Shuib mahu mengeluarkan sebuah lagu pula.

Apa yang menarik perhatian adalah lagu yang bakal dilancarkan itu adalah hasil gandingan beliau bersama isteri tersayang, Siti Sarah Raisuddin yang juga seorang penyanyi.

Shuib ketika dihubungi berkata, dia berbesar hati apabila pihak Indigital Music yang juga selaku pihak pengurusan Sarah mahu mereka menyanyikan lagu berkenaan yang dicipta oleh komposer terkenal, iaitu Ajai.

Apabila ditanya mengenai perasaan berduet bersama isteri tercinta, Shuib berkata dia sangat teruja dan ini juga merupakan single kedua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini pelawak itu pernah menghasilkan single pertama bersama Siti Sarah berjudul ‘Cinta Itu Nyawa’ pada 1o tahun lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=uFMbfYB8s38

Mengulas lanjut mengenai kisah disebalik lagu baharu mereka itu, Shuib berkata lagu berkenaan bukan mengenai kisah hidupnya, sebaliknya mengenai kisah pasangan yang bercinta dan saling merindui antara satu sama lain.

Wahhh tak sabar nak tunggu lagu baru pasangan romantis ni release, boleh lah main dekat Hot FM!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Musk Bill Gates

Sosial

Atasi Bill Gates, Elon Musk Kini Manusia Kedua Terkaya Dunia

Siapa sangka di saat dunia diserang pandemik sekaligus membuatkan orang ramai terkesan, Elon Musk selaku CEO kepada syarikat Tesla dan SpaceX berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai manusia kedua terkaya dunia mengatasi Bill Gates. Kekayaan mendadak beliau berjaya diperoleh apabila dilaporkan saham Tesla di mana jumlah nilai kini mencecah $500 bilion (~RM2.044 trilion) sekaligus meningkatkan aset beliau sebagai individu yang memegang saham syarikat penuh futuristik ini.

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *