Hot FM

Bakal Lancar Lagu Baharu Ciptaan Ajai, Shuib Teruja Dapat Duet Dengan Siti Sarah

Selepas membuka kedai minuman jenama Bubble Bee yang dilihat semakin laku di pasaran, kali ini pelakon, pelawak, usahawan dan juga penyampai radio Hot FM, Shuib mahu mengeluarkan sebuah lagu pula.

Apa yang menarik perhatian adalah lagu yang bakal dilancarkan itu adalah hasil gandingan beliau bersama isteri tersayang, Siti Sarah Raisuddin yang juga seorang penyanyi.

Shuib ketika dihubungi berkata, dia berbesar hati apabila pihak Indigital Music yang juga selaku pihak pengurusan Sarah mahu mereka menyanyikan lagu berkenaan yang dicipta oleh komposer terkenal, iaitu Ajai.

Apabila ditanya mengenai perasaan berduet bersama isteri tercinta, Shuib berkata dia sangat teruja dan ini juga merupakan single kedua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini pelawak itu pernah menghasilkan single pertama bersama Siti Sarah berjudul ‘Cinta Itu Nyawa’ pada 1o tahun lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=uFMbfYB8s38

Mengulas lanjut mengenai kisah disebalik lagu baharu mereka itu, Shuib berkata lagu berkenaan bukan mengenai kisah hidupnya, sebaliknya mengenai kisah pasangan yang bercinta dan saling merindui antara satu sama lain.

Wahhh tak sabar nak tunggu lagu baru pasangan romantis ni release, boleh lah main dekat Hot FM!

Exit mobile version