Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Berjaya Cecah 5 Juta Tontonan, Ini Sebenarnya Kisah Di Sebalik Video Muzik Purnama

today21 January 2021

Background

Tahniah! buat penyanyi muda berbakat Naim Daniel yang telah berjaya mencipta sejarah apabila video muzik single terbaharu, Purnama mencapai lima juta tontonan dalam tempoh dua bulan setelah dilancarkan di laman YouTube.

Video muzik berkenaan juga menjadi tempat luahan perasaan apabila lebih 9,000 komen pendengar berkongsi kisah hidup berkaitan kehilangan orang yang mereka sayang dan bagaimana mereka kembali bangkit semula.

Sementara itu, Naim menerusi laman Instagram story miliknya menzahirkan rasa syukur terhadap kejayaan itu selain mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya.

Menerusi ruangan komen laman tersebut terdapat satu reaksi yang ditinggalkan, menceritakan kisah di sebalik video muzik itu menurut pemahamannya:-

“Apa yang aku faham dalam lagu ni adalah abang dia sangat sayangkan adik perempuannya… dia suka dress up kan adik dia.. then satu hari adik dia accident dan mati.. dia tak dapat nak terima segala yang terjadi atas adik dia tambahan tragis tu terjadi depan mata dia,”

Manakala buat yang tertanya-tanya mengapa Naim berpakaian seperti wanita dan bersolek pula:-

“At the end dia jadi agak tak waras and dia umpama kan dirinya tu adik perempuan dia thats why dia dress up macam tu dan bermake up dia terlalu rindukan adik dia,”

Alasannya mungkin boleh diterima kan? Bagaimanapun itu hanyalah pandangan daripada netizen dan bukan Naim sendiri.

Apa-apa pun tahniah bang Non! Semoga terus maju jaya..

Sumber daripada: YouTube

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Fasiliti lengkap kelab sandaran persiapan Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Kemudahan latihan serba lengkap dengan corak latihan sistematik membabitkan pemain Harimau Malaya bersama kelab masing-masing menjadi harapan mempersiapkan skuad mantap menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Namun, sejauh mana perkara terbabit dapat membantu ketika musim pandemik Covid-19 masih lagi samar apabila hanya ada beberapa kelab saja memiliki fasiliti serba lengkap dengan sistem latihan sistematik. Ketika ini, dilihat Johor Darul Ta'zim (JDT)... Klik sini untuk baca artikel […]

today20 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *