Connect with us

Muzik Buzz

Caprice & Sufian Suhaimi Pula Cover Lagu 4 Dara Remix, Beri Hint Ada Babak Mira Filzah

Nantikan 25 November ini…

Published

on

Siapa sangka lagu 4 Dara yang dinyanyikan oleh Mona ataupun Elly Mazlein di dalam Drama Kampung People 2, menjadi kesukaan ramai sekaligus menjadikan lagu itu tular.

Jika sebelum ini Faizal Tahir membuat cover lagu itu bersama Elly Mazlein dan Zizi Kirana, kali ini Caprice pula tampil memberi nafas baharu kepada lagu 4 Dara dengan gaya tersendiri.

Sementara itu, Caprice baru-baru ini memuat naik foto dan video teaser pembikinan muzik video 4 Dara di laman sosial miliknya.

Penyanyi dan ahli perniagaan itu juga mendedahkan bahawa dia akan berkerjasama dengan penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Hantaran yang di muat naik Caprice itu memberitahu kepada pengikutnya bahawa Lagu 4 Dara Remix bakal menemui mereka tidak lama lagi.

“4 dara remixx otw Badboii Season III” – Tulis Caprice

Meninjau di laman sosial Instagram Caprice dan Sufian, masing-masing memuat naik IG Stories sedang dalam pembikinan muzik video lagu itu di sebuah lokasi penggambaran.

Malah, Caprice memberi hint bakal ada babak yang akan menampilkan Mira Filzah dari babak muzik video terdahulu, Baby Sayang.

Agak-agaknya apa kejutan yang bakal kita lihat di dalam video remix lagu 4 Dara ni ya?

Sama-sama kita nantikan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.