Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Dulu Lagu Roti, Kini Naim Daniel Kembali Dengan Lagu Pendek Sempena Vaksin COVID-19

today14 January 2021

Background

Sebagai seorang penyanyi yang sering menghiburkan peminat, semestinya mereka merupakan antara golongan yang tidak dapat duduk diam di rumah susulan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPB di seluruh negara.

Begitu juga kepada penyanyi Naim Daniel apabila beliau seakan-akan berasa tidak keruan sekiranya tidak menghasilkan karya sepanjang tempoh dua minggu PKP ini.

Jika PKP kali pertama pada Mac 2020 yang lalu, Naim telah menghiburkan peminat dengan lagu ‘Nur Gardenia’, baru-baru ini penyanyi berusia 24 tahun itu kembali dengan lagu baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Naim tampil dengan lagu pendek berjudul Cinta Vaksin yang merupakan lagu pendek ke-19 yang pernah dihasilkan olehnya.

Konsep lagu Cinta Vaksin ialah mengenai vaksin COVID-19 yang kini menjadi penyelamat kepada seluruh penduduk di dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Ketika musim PKP pertama dahulu, Naim ada menghasilkan beberapa lagu lain antaranya ialah Bungaku Layu, Kayangan, Kelawar, 2 Minggu, Nur Gardenia, Watsep, Degil, Kencing Manis dan banyak lagi yang mana kebanyakannya dihasilkan ketika dalam tempoh tersebut.

Seperti biasa, karya Naim ini sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati peminat walaupun ia hanya lagu pendek yang meluahkan perasaannya tentang apa yang sedang terjadi di sekelilingnya.

Rasanya lepas ni mesti banyak lagi lagu PKP yang Naim akan hasilkan, kita tunggu je la ya!

Baca juga artikel sebelum ini:

Naim Daniel Buat Hal! Kali Ini Dengan Roti?

Sumber foto dan video: Instagram Naim Daniel

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

41588389166_bungkus

Sosial

Isu Kedai Makan Tutup Jam 8 Malam, Netizen Minta Kerajaan Buat Perubahan

Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua telah diumumkan oleh kerajaan. Berkuat kuasa pada Rabu, 13 Januari, 12.01 pagi, 6 buah negeri yang menerima kesan buruk wabak COVID-19 telah diletakkan di bawah PKP, manakala 6 negeri lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Susulan daripada itu, negara juga berada di bawah perintah darurat sehingga bulan Ogos tahun ini setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi... […]

today14 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *