Sebagai seorang penyanyi yang sering menghiburkan peminat, semestinya mereka merupakan antara golongan yang tidak dapat duduk diam di rumah susulan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPB di seluruh negara.

Begitu juga kepada penyanyi Naim Daniel apabila beliau seakan-akan berasa tidak keruan sekiranya tidak menghasilkan karya sepanjang tempoh dua minggu PKP ini.
Jika PKP kali pertama pada Mac 2020 yang lalu, Naim telah menghiburkan peminat dengan lagu ‘Nur Gardenia’, baru-baru ini penyanyi berusia 24 tahun itu kembali dengan lagu baharu.
Naim tampil dengan lagu pendek berjudul Cinta Vaksin yang merupakan lagu pendek ke-19 yang pernah dihasilkan olehnya.
Konsep lagu Cinta Vaksin ialah mengenai vaksin COVID-19 yang kini menjadi penyelamat kepada seluruh penduduk di dunia.
Ketika musim PKP pertama dahulu, Naim ada menghasilkan beberapa lagu lain antaranya ialah Bungaku Layu, Kayangan, Kelawar, 2 Minggu, Nur Gardenia, Watsep, Degil, Kencing Manis dan banyak lagi yang mana kebanyakannya dihasilkan ketika dalam tempoh tersebut.
Seperti biasa, karya Naim ini sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati peminat walaupun ia hanya lagu pendek yang meluahkan perasaannya tentang apa yang sedang terjadi di sekelilingnya.
Rasanya lepas ni mesti banyak lagi lagu PKP yang Naim akan hasilkan, kita tunggu je la ya!
Baca juga artikel sebelum ini:
Naim Daniel Buat Hal! Kali Ini Dengan Roti?
Sumber foto dan video: Instagram Naim Daniel