Semenjak 1 November yang lalu kecoh di laman sosial Twitter apabila persembahan salah seorang peserta Vokal Mania iaitu Nuha Bahrin tular dan dikatakan telah merosakkan lagu berjudul Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.
Hmmmmmmmm pic.twitter.com/04JOp5JITV
— Nadia Fauzi 🕊 (@nadiaafauzii) November 3, 2020
Disebabkan itu, perkara berkenaan turut mendapat perhatian daripada Ahmad Fedtri Yahya yang juga merupakan pengacara dan penulis lirik terkenal.
Fedtri ada memuat naik satu twit ringkas di laman Twitter miliknya pada 3 November yang lalu dan ia telah menarik perhatian ramai warganet untuk turut meninggalkan komen serta pendapat mereka sendiri.

Kekasih awal dan akhir- الله
Menurut Fedtri, lagu berkenaan berunsur ketuhanan yang mana sepatutnya tidak ditukar rentaknya begitu sekali.
Malah, ramai penonton turut menyokong kenyataan Fedtri dan merasakan bahawa Nuha perlu berlatih dengan lebih lagi untuk bergelar seorang penyanyi.

Dalam masa yang sama, pencipta lagu berkenaan iaitu Fauzi Marzuki turut bagaikan hilang arah dan tidak dapat mengenali lagu asal yang ditulis olehnya itu.
Sebagai orang yang bertanggungjawab atas nyanyian tersebut, Nuha Bahrin turut tampil memberi kenyataan bagi membela dirinya selepas dikecam hebat oleh netizen.

I am fully aware of how horrible my performance was last night. Kepada semua yang dah advice Nuha, thank you so much and kalau boleh doakan Nuha to do better next time.
Diharapkan apa yang telah terjadi ini akan menjadi pengajaran kepada Nuha untuk terus berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Korang pun jangan nak kecam sangat ya, mana tahu lepas ni Nuha dapat jadi penyanyi hebat ke?
Post comments (0)