Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Lepas Buat Video YouTube, Kini Noor Nabila Dan Rosix Omar Ada Lagu Sendiri Bersama Aina Abdul

today6 February 2021

Background

Nama Noor Nabila dah Rosix mungkin agak asing bagi segelintir daripada anda, tetapi untuk sesiapa yang memang ‘kaki’ YouTube dan mengikuti perkembangan dua sahabat baik ini, pasti anda sering menonton video mereka.

Nabila yang merupakan kakak kepada pengacara popular, Noor Neelofa ada membuat banyak video di laman YouTube bersama dengan sahabat baiknya iaitu Rosixomar yang video mereka sering kali mendapat perhatian ramai.

Selepas setahun mengendalikan video di YouTube, kini Bella dan Rosix telah mempunyai lagu mereka yang tersendiri berjudul Aku Temanmu hasil gandingan bersama dengan penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Aina Abdul.

Namun lagu tersebut dinyanyikan sepenuhnya oleh Aina sendiri selepas ‘dilamar’ oleh Rosix.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Rosix di laman Instagram miliknya dan turut berharap agar lagu tersebut mendapat sambutan serta diterima ramai.

Rata-rata turut teruja dengan lagu tersebut dan mengakui sudah mula meminati rentak lagu Aku Temanmu itu.

Dikatakan lagu ini ditulis sendiri oleh Aina dan akan dijadikan sebagai lagu tema bagi rancangan berkonsepkan Vlog di laman YouTube Rosix X Bella.

Ingatkan Bella dengan Rosix yang menyanyi tadi, baru nak excited dengar suara Bella.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Bella, Rosix dan Aina sendiri!

Mana tahu lepas ni Bella dan Rosix akan menyanyi sama-sama pula ke lepas ni?

Sumber foto: Instagram

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Usahawan Petai

Sosial

Mahu Bantu Mereka Yang Kurang Senang, Usahawan Ini Jual Petai Secara Sebiji-Sebiji

Buah petai merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai bau yang kuat namun sangat menyelerakan apabila dimasak sekali dengan sambal atau dimakan begitu sahaja sebagai ulam-ulaman. Buah yang umumnya dijamu oleh masyarakat dari Asia Tenggara ini bukan sahaja enak, malah ianya juga padat dengan khasiat sehinggakan buah ini turut dimakan oleh orang putih. Secara umumnya, buah yang boleh didapati di pasar tani atau pasaraya ini dijual mengikut ikat. Namun,... Klik sini untuk […]

today6 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *