Connect with us

Muzik Buzz

Lepas #JemimahChallenge, Kini Artis Malaysia Cover Lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti Pula…

Lagu ini mula tular selepas ramai pengguna aplikasi TikTok sering menggunakannya sebagai muzik latar video mereka

Published

on

Jika sebelum ini #JemimahChallenge secara tiba-tiba tular di negara kita, kini nampaknya sudah datang ‘demam’ yang lain pula iaitu ‘demam’ lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti.

Lagu tersebut yang merupakan nyanyian asal penyanyi dari seberang iaitu Anneth Nasution semakin diminati ramai lebih-lebih lagi selepas lagu tersebut sering digunakan di dalam aplikasi TikTok.

Disebabkan itu, ramai penyanyi tempatan turut tidak ketinggalan merakam cover lagu berkenaan bagi tatapan peminat mereka.

Antaranya ialah Sufian Suhaimi bersama Haqiem Rusli, Arif Bahran, Aina Abdul, Mina Amira (peserta I Can See Your Voice musim kedua) dan Adzrin Ameruddin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mina Amira (@minaamira21)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adzrin (@adzrinamrddin)

Bagi menghargai peminat mereka, Sufian dan Haqiem turut merakam cover penuh lagu tersebut di channel YouTube untuk tontonan umum.

Dalam masa yang sama, Aina Abdul hanya merakam cover pendek menerusi aplikasi TikTok namun ia tetap berjaya membuatkan peminatnya terpukau dengan nyanyian bersahaja penyanyi berusia 28 tahun itu.

@ainaabdul20Reply to @_.helmy._ ##mungkinhariiniesokataunanti♬ original sound – ainaabdul

Untuk pengetahuan, lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti itu ditulis sendiri oleh penyanyinya iaitu Anneth Delliecia Nasution dan tanpa disangka lagu tersebut turut tular di negara kita.

Baca juga artikel sebelum ini:

MV ‘Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti’ Cecah 48 Juta Tontonan, Anneth Nasution Ucap Terima Kasih!

#JemimahChallenge: 4 Selebriti Malaysia Sahut Cabaran, Yang Last Tu Pecah Perut!

Sumber video: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di