Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Lepas Nuha, Kini Aufa Vokal Mania Pula Kena Kecam Dengan Netizen Sebab…

today8 November 2020

Background

Kalau korang ingat pada 1 November lalu nama Nuha Bahrin tiba-tiba disebut oleh orang ramai apabila persembahannya dikecam hebat ketika di atas pentas Vokal Mania.

Kini seorang lagi peserta program Vokal Mania iaitu Aufahanie pula menerima nasib yang sama.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1325087501086683139

Pada 7 November yang lalu, Aufa membuat persembahan bersama dengan penyanyi Indah Ruhaila menerusi lagu Semua Jadi Satu.

Ketika asyik membuat persembahan, secara tiba-tiba suara Aufa menjadi agak sumbang dan dia bagaikan sudah hilang pertimbangan di atas pentas.

Dalam masa yang sama, pengarah terkenal, Michael Ang turut meninggalkan komen di laman Twitter miliknya tentang persembahan Aufa pada malam tersebut.

Maka dengan itu netizen di Twitter pun turut mengkritik persembahan Aufa dan menganggap Aufa masih belum layak untuk bertanding di atas pentas besar.

Mereka turut berharap agar setiap program nyanyian yang dilakukan perlu ditapis terlebih dahulu setiap peserta yang bertanding untuk mengelakkan terjadinya perkara seperti ini.

Dimaklumkan sebelum ini Aufa yang baru sahaja berusia 17 tahun pernah menyertai program I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga.

Dia juga mempunyai single sendiri berjudul Mungkir, nyanyiannya bersama dengan Syahmi Irfan.

Tak mengapa la, mungkin Aufa sendiri berasa gementar disebabkan itu dia tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik ketika nyanyian duet itu, mana tahu selepas ini dia akan bergelar penyanyi hebat?

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2020-11-08T171647.233

Sosial

Kucing Penjaga Hagia Sophia Yang Pernah ‘Dibelai’ Obama Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

Kucing yang terkenal di seluruh dunia kerana pernah menghuni bangunan bersejarah Hagia Sophia di Turki, Gli baru-baru ini dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 16 tahun. Gli yang merupakan penghuni bangunan bersejarah di Istanbul itu difahamkan telah menerima rawatan di salah sebuah klinik haiwan swasta di kota berkenaan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada satu tarikh yang tidak dimaklumkan. “Kucing Hagia Sophia, Gli, yang dirawat... Klik sini untuk baca artikel […]

today8 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *