Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Menyanyi Depan Strangers, Ramai Teruja Dengar Suara Ismail Izzani

today22 January 2021

Background

Menjadi seorang penyanyi semestinya membuatkan seseorang itu mempunyai sikap confident dan berani untuk berhadapan dengan penonton yang ramai.

Tapi macam mana pula kalau menyanyi di hadapan orang yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi sekiranya mereka itu bukan la dari negara Malaysia dan kemungkinan besar mereka tidak mengenali penyanyi tersebut?

Ismail Izzani | Pics, True love, Cute

Penyanyi Ismail Izzani atau Mael nampaknya telah mencabar dirinya untuk menyanyi di hadapan orang yang tidak dikenalinya menerusi sebuah laman web Omegle yang mana membolehkan kita berborak bersama dengan orang lain secara rawak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Rata-rata mereka yang mendengar suara Mael nampak sangat terkejut dengan keunikan yang dimiliki oleh penyanyi lagu Luar Biasa ini.

Jelas terpampang di wajah mereka reaksi teruja dan lebih menarik lagi apabila ada yang turut menyambung lirik lagu berkenaan bersama dengan Mael.

Ramai juga pengikut Mael di laman Instagram meminta agar beliau membuat banyak lagi video seperti itu dan memuat naik di laman YouTube miliknya.

Nampaknya sekarang ni Mael dah ada peminat dari luar negara ya!

Sumber foto dan video: Instagram Ismail Izzani

Written by: Ainaa Hafizah

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *