Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Merdunya Suara Zizi Kirana Berselawat Dalam “Purnama” Kolaborasi Bersama UNIC

today2 November 2020

Background

Bila dengar nama Zizi Kirana, akan terbayang juga suara uniknya dan penampilan luarannya.

Pada 30 Oktober 2020, lagu berbentuk selawat bertajuk Purnama telah dimuat naik di akaun YouTube.

Lagu tersebut menampilkan kolaborasi Zizi bersama dengan kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu UNIC.

Apa yang menarik perhatian, penampilan Zizi dalam video klip tersebut sangat cantik dengan pakaian yang menutup aurat.

Tambahan lagi, suara merdu Zizi mengalunkan lagu berbentuk selawat itu wajar dipuji.

Bagaimanapun menurut satu laporan Harian Metro, ada persoalan tentang Zizi yang kerap tampil dengan imej seksi kononnya tidak ‘sesuai’ mendendangkan lagu sedemikian.

Namun Zizi berkata, jika ada pihak yang tidak menyukainya atau sengaja mahu melemparkan komen negatif, boleh berbuat sedemikian di hantaran lain dan bukan pada video selawat itu.

Tinjauan ke bahagian komen video klip lagu tersebut bagaimapun menujukkan ucapan positif ditujukan buat Zizi dan juga lagu tersebut.

Semoga selawat yang dialunkan Zizi Kirana dan UNIC ini dapat menjadi halwa telinga buat para pendengar.

Hot FM juga turut sama mendoakan yang baik-baik buat Zizi Kirana!

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Azra Azuar


Previous post

BeFunky-collage – 2020-11-02T145039.121

Sosial

Ular Sawa Batik Seberat 220KG Jadi Haiwan Peliharaan Lelaki Dari Pulau Pinang Ini

Hobi atau minat setiap orang sememangnya tidak dapat dinafikan berbeza-beza daripada setiap individu lain. Jika sebelum ini kita pernah melihat ada yang sanggup membelanjakan wang ringgit untuk membeli sesuatu barang yang diminati, ada juga individu yang menjadikan aktiviti membela haiwan peliharan sebagai salah satu hobi mereka. Namun begitu, berbeza dengan orang kebanyakan yang mungkin membela ikan perhiasan atau pun kucing, lelaki dari Pulau Pinang... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today2 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *