Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

SFMM 35: Pengganti Siti Nurhaliza Masih Jadi Tanda Tanya, Siapa Pilihan Anda?

today20 November 2020

Background

Umum mengetahui dua buah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza tercalon dalam Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).

Lagu tersebut termasuklah 7 Nasihat hasil nukilan Kmy Kmo dan Luca Sickta serta  Aku Bidadari Syurgamu yang merupakan ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah.

Bagaimanapun, teka teki mengenai siapa yang bakal mendendangkan lagu 7 Nasihat sudahpun terjawab selepas Shiha Zikir dilapor bakal menggantikan penyanyi nombor satu negara itu pada 21 November ini.

Shiha Zikir ganti Siti | Harian Metro

Namun, pengganti yang akan membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu masih belum diketahui sehingga kini dan menurut Ippo, ia bakal menjadi kejutan buat ramai.

Agak-agak siapa yang boleh membawakan lagu runut bunyi untuk drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 ni dengan baik ya? Ini pilihan Hot FM:-

1) Ara Johari

2) Khai Bahar

3) Wani Kayrie

4) Wafariena Roslan

5) Aishah

Darah Aishah naik gara-gara keceluparan netizen | Astro Awani

6) Misha Omar

Berbeza dengan musim sebelumnya, program Separuh Akhir pada kali ini akan diadakan dalam tiga episod untuk tiga hari berturut-turut.

Kesemua episod Separuh Akhir akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, selaras dengan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Siapa pun yang bakal membawakan lagu ini, Hot FM mengucapkan all the best!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Tony Fernandes

Sosial

Selepas Menjadi ‘Rider’ Makanan, Tony Fernandes Dilaporkan Jual Hartanah 125 Ekar Di Scotland

Umum tahu sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, bukan sahaja kesihatan orang ramai yang terjejas malah wabak ini turut memberi kesan besar kepada ekonomi dunia. Industri yang terkesan teruk dengan kehadiran wabak ini sudah pastinya penerbangan di mana jumlah penerbangan kini lebih terbatas sekaligus membuatkan syarikat penerbangan memilih untuk mengurangkan kos operasi dengan membuang sejumlah besar pekerja. Tidak dinafikan kehadiran wabak ini turut... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *