Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Suara Aina Abdul Cover Lagu Daripada Drama Descendants Of The Sun Ini Dipuji

today18 January 2021

Background

Buat peminat drama-drama daripada Korea Selatan (K-drama), kebanyakannya pernah menonton Descendants of the Sun (DOTS).

DOTS telah ditayangkan pada 2016 menjadi satu fenomena apabila berjaya menarik minat penonton di seluruh dunia.

Tambahan lagi, pelakon utamanya Song Hye Kyo dan Song Joong Ki pada waktu itu digosipkan bersama dan kemudiannya berkahwin di dunia nyata pada 2017.

Walaupun perkahwinan tersebut akhirnya berakhir pada 2019, DOTS tetap diingat sebagai antara K-drama yang berjaya dalam industri hiburan.

Official Soundtrack (OST) drama itu juga menjadi popular hinggalah kini.

Antaranya lagu nyanyian Gummy berjudul You Are My Everything.

Pada 18 Januari 2021, penyanyi Aina Abdul yang dikenali dengan vokalnya yang mantap telah memuat naik satu video cover lagu tersebut di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

You Are My Everything bukanlah sebuah lagu yang mudah untuk dinyanyikan.

Namun kehebatan suara Aina menyanyikan semula lagu tersebut menjadi, serta mendapat pujian daripada para peminat.

Meninjau ke YouTube channel Aina Abdul untuk mendengar cover penuh lagu itu, ternyata persembahan tersebut cukup baik dibawakan oleh beliau.

Dalam pada itu, nyanyiannya mendapat reaksi positif dengan rata-rata komen memuji suara dan penyampaian penyanyi tersebut.

 

Baca artikel berkaitan: Dikatakan Setanding Dengan Mariah Carey, Aina Abdul Berjaya Capai Whistle Note Buat Pertama Kali!

Sumber: Instagram Aina Abdul dan Youtube Aina Abdul

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

51633068-5d81-4a3d-ba3a-d56e382d3741-JM.GA.capitol.011721.014

Sosial

Senjata Api Habis Dijual Menjelang Pelantikan Joe Biden, Tentera AS Siap Sedia Hadapi ‘Civil War’?

Kedai senjata api di seluruh Amerika Syarikat merekodkan peningkatan jualan yang luar biasa menjelang hari pelantikan Joe Biden minggu ini. Pemilik premis mengatakan bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan dan sudah kehabisan peluru dan senjata api. Laporan ini hadir di mana isu keamanan telah menjadi keutamaan di sana. Kebanyakan media antarabangsa pula menyatakan bahawa Joe Biden tidak akan menerima upacara pelantikan sebagai Presiden AS dengan aman.

today18 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *