Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Syarikat Rakaman Hormat Keputusan, Peminat Mahu Hannah Delisha Hasilkan MV Versi Bertudung

today26 January 2021

Background

September 2020 merupakan tarikh secara rasminya pelakon berdarah kacukan Inggeris-Melayu, Hannah Delisha mengumumkan bahawa beliau kini sudah bertudung bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wanita beragama Islam.

Pada 23 Januari lalu, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch baru sahaja mengeluarkan single baharunya berjudul Terlalu Mudah yang mana lagu tersebut telah ditulis sendiri oleh Faizal Tahir bersama dengan Mage dan juga Mike Chan.

Namun menurut syarikat rakaman Faithful Music, mereka memaklumkan bahawa Music Video lagu tersebut tidak akan ditayangkan sama sekali kerana menghormati Hannah yang kini sudah bertudung.

Difahamkan, MV lagu tersebut telah dirakam pada sekitar penghujung tahun 2019 yang mana ketika itu Hannah masih lagi belum bertudung dan sepatutnya ia dikeluarkan pada awal tahun 2020 namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, mereka terpaksa tangguhkan dahulu rancangan tersebut.

Jadi disebabkan itu, MV Terlalu Mudah telah digantikan dengan Official Lyric Video sahaja dalam masa terdekat ini.

Keputusan Faithful Music telah mendapat pujian daripada peminat Hannah dan juga pengikut setia mereka sendiri.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta supaya Faithful Music dapat menghasilkan MV baharu untuk lagu ini dengan memaparkan imej baharu penyanyi berusia 25 tahun itu.

Para peminat turut memuji kemerduan suara yang dimiliki oleh Hannah dan tidak menyangka bahawa lagu tersebut merupakan OST bagi drama Cinta Sekali Lagi.

Serba boleh rupanya Hannah ni ya…

Sumber foto: Instagram Faithful Music dan Instagram Hannah Delisha

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

fds_ratio-16×9

Sosial

Kisah Misteri Segitiga Bermuda Yang Terletak Di Asia Tenggara, Mengorbankan Banyak Nyawa

Segitiga Bermuda adalah satu wilayah misteri yang sering menjadi tanda tanya. Kawasan ini yang terletak di antara pantai Atlantik Florida (AS), Antiles dan Puerto Rico telah banyak mengorbankan nyawa. Sehingga kini, sekitar 50 kapal dan 20 pesawat yang lalu di kawasan terbabit akan hilang secara misteri dan jejak mereka gagal untuk dikesan. Namun, tahukah anda bahawa Segitiga Bermuda juga terdapat di Asia Tenggara? Melalui laporan Sains Maritim yang berjudul Misteri Segitiga... […]

today26 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *