Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

7 Hari Mencintaiku 3 Disambung Tahun Depan, Ini Teaser Watak Baharu ‘Kekasih Gelap’ Mak Leha

today24 September 2020

Background

Sambutan luar biasa yang diterima untuk drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku 2 telah mencatatkan lebih 12 juta penonton sepanjang 33 episod bersiaran, memberikan berita baik untuk anda, kerana siri ke 3 bakal disambung tahun hadapan!

https://www.instagram.com/p/CFfDZpjFWVF/

Novelis dan penerbit 7 Hari Mencintaiku 2 iaitu Siti Rosmizah berkata, dia sangat bersyukur dengan kejayaan tersebut lebih-lebih lagi kerana mendapat sokongan ramai peminat sehingga menerima permintaan untuk menyambung lagi siri itu.

“Saya berterima kasih dengan sokongan padu yang diberikan oleh para penonton dan juga peminat karya-karya saya. Oleh itu, saya libatkan diri sebagai penerbit 7 Hari Mencintaiku 2 ini untuk memastikan keaslian kandungan novel saya seiring dengan kandungan drama yang disiarkan.

Mengulas lanjut, Siti berkata dia sangat berbesar hati terhadap pihak TV3 kerana menggunakan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai lagu tema yang dianggap turut memberi impak kepada drama tersebut.

“Selain itu, saya juga berbesar hati apabila pihak TV3 setuju untuk menggunakan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai lagu tema, kerana lirik lagu tersebut juga merupakan nukilan saya,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CFgACSAFNb4/

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi bahawa jalan cerita kesinambungan drama 7 hari Mencintaiku 3 ini akan ada lebih banyak drama dan konflik.

“Mengulas tentang ketularan drama ini di media sosial, saya turut mendapat mesej di laman media sosial untuk menghasilkan 7 Hari Mencintaiku 3. Sejujurnya, jalan cerita kesinambungan drama ini sudah pun ada, dengan lebih banyak drama dan konflik.

Haaa ini part yang paling dinanti-nantikan! Tonton teaser di bawah ini, hasil temubual Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Radio,  Seelan Paul bersama Siti Rosmizah. Agak-agak siapa ya ‘kekasih gelap’ watak baharu yang bakal ditayangkan nanti?

https://www.instagram.com/p/CDyluf7FSJE/

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *