Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Baru 2 Episod, Drama ‘Takdir Yang Tertulis’ Trending Nombor Satu!

today26 January 2021

Background

Itulah reaksi orang ramai selepas mereka menonton drama rantaian terbaharu iaitu Takdir Yang Tertulis.

Drama yang mula ditayangkan pada 21 Januari itu menggandingkan pelakon utama Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina Mohamad.

Selain itu, ada juga yang memberi respon tanda suka dengan drama berkenaan selepas hanya baru hari kedua ditayangkan menerusi siaran TV3.

Perkara itu dibuktikan menerusi laman Twitter sejurus drama arahan Shahrulezad Mohameddin trending nombor satu susulan menjadi bualan ramai di platform berkenaan.

Turut berkongsi perkara itu, Nad Zainal sendiri yang memegang watak sebagai Juweta dalam drama tersebut!

Takdir Yang Tertulis mengisahkan Juweta dan Azlan, sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan yang bekerja bersamanya.

Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk.

Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta? Sama-sama kita tonton sehingga ke penghujungnya.

Takdir Yang Tertulis

Drama 15 episod ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran TV3.

Sumber: Twitter & Instagram Nad Zainal

Baca artikel berkaitan:-

Demi Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal Usap Kandungan 2 Bulannya Sebelum Menjerit

‘Takdir Yang Tertulis’, Sebuah Drama Khas Buat Perampas

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Spurs bergelut atasi Wycombe | Harian Metro

High Wycombe, United Kingdom: Tottenham terpaksa menunggu sehingga lewat permainan sebelum menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Wycombe 4-1 menerusi tiga jaringan pada empat minit terakhir untuk mara ke pusingan kelima Piala FA, awal pagi tadi. Jose Mourinho tidak menurunkan Harry Kane, Son Heung-min dan Tanguy Ndombele susulan jadual ketat skuadnya berdepan empat kejohanan akan datang. Tetapi tiga jaringan pada babak kedua diperlukan untuk mengatasi Wycombe yang hanya menang tiga kali dalam […]

today26 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *