Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Buka ‘Aib Sendiri’, Demi Drama Melastik Ke Hatimu Andi Bernadee Terpaksa ‘Tinggikan Diri’

today4 February 2021

Background

Dalam sesebuah karya drama atau filem, pastinya seorang pelakon akan cuba yang terbaik untuk menyampaikan lakonan mereka kepada penonton.

Begitu juga bagi penyanyi yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan iaitu Andi Bernadee.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Andi telah memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau terpaksa berdiri di atas sand bag bagi membuatkan dirinya lebih tinggi berbanding pelakon gandingan iaitu Janna Nick.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)

Seperti yang kita lihat, Andi sememangnya kelihatan ‘kurang ketinggian’ sewaktu digandingkan bersama dengan Janna menerusi drama Melastik Ke Hatimu.

Tetapi untuk menyempurnakan watak tersebut, pihak produksi telah mencari jalan alternatif yang lain bagi melengkapkan lagi lakonan berkenaan.

Ruangan komen posting tersebut turut terhibur dengan aksi Andi kerana beliau sendiri dengan rela hati membocorkan rahsianya.

Respect kepada Andi kerana sanggup ‘aibkan’ diri sendiri untuk memberikan yang terbaik dalam lakonan drama pertamanya itu.

Jangan lupa saksikan drama Melastik Ke Hatimu di slot Lestary setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3!

Sumber foto dan video: Instagram Andi Bernadee

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Barcelona nyaris tersingkir | Harian Metro

Madrid: Antoine Griezmann mencetuskan kebangkitan Barcelona yang menewaskan Granada 5-3 pada masa tambahan untuk mara ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol. Barca hampir tersingkir di Los Carmenes apabila Granada mendahului 2-0 ketika permainan berbaki dua minit tetapi Griezmann menjaringkan gol pada minit ke-88 dan membantu Jordi Alba menyamakan kedudukan pada minit ke-92. Griezmann kemudiannya meletakkan Barca di depan pada masa tambahan tetapi disamakan pemain Granada, Fede Vico menerusi... Klik sini […]

today4 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *