Demam Drama Takdir Yang Tertulis kini semakin menjadi-jadi apabila ramai penonton berasa panas hati dengan watak Ruhila dan Azlan yang dilakonkan oleh Elvina Mohamad dan Nadzim Othman yang mementingkan diri menindas Juweta, lakonan Nad Zainal.
Siapa sangka rupa-rupanya pelakon drama berkenaan bukan lah pilihan utama pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat.
View this post on Instagram
Ketika ditemu bual menerusi segmen Pagi Hot bersama Nad dan Fendy, Budak Ijat telah berkongsi beberapa rahsia di sebalik pembikinan drama ini.
“Jujurnya, pelakon sekarang ini bukan la pelakon utama pilihan abang. Drama ni banyak kali tertangguh pengambaran, semuanya bermula waktu PKP tahun lepas. Production berterabur, jadi tertangguh sebab tak dapat persetujuan dalam pemilihan pelakon daripada pihak TV3 dan pihak abang sendiri.”

Sewaktu ditanya tentang siapakah barisan pelakon yang menjadi pilihannya, Budak Ijat memberitahu bahawa antaranya ialah Janna Nick, Amyra Rosli, Diana Danielle, Shukri Yahaya, Ungku Ismail dan ramai lagi.
Tambahnya lagi, pada mulanya beliau tidak memasukkan Nad Zainal dalam senarai pelakon ialah disebabkan sebelum ini Nad pernah membintangi drama Hati Yang Tersakiti yang mana turut membawa watak isteri dicurangi suami.

“Nad pun memang bukan first choice abang sebab sebelum ni Nad dah berlakon dengan Remy, bawak watak yang sama juga. Takkan abang nak bagi watak berturut macam tu dengan Nad kan. Tapi tak sangka penonton pun dapat terima semua tu.”
Lebih melucukan Budak Ijat turut memberitahu bahawa terdapat beberapa kaum suami menghantar DM kepadanya di laman Instagram seakan-akan mempersoalkan mengapa beliau membuat drama seperti itu.

Baginya, tujuan beliau membuat drama begitu bukan la untuk memecah belahkan rumah tangga kerana ia turut terjadi dalam dunia realiti.
Dalam masa yang sama, beliau turut berharap drama Takdir Yang Tertulis dapat diterima ramai dan jangan pula ada mana-mana pihak yang terlalu emosi dengan jalan cerita drama berkenaan.

Tapi dah terlambat nak bagi pesanan macam tu, sebab nampaknya ramai penonton dah sakit hati sangat, sampai tak sabar nak tunggu sambungan Isnin ni!
Jangan lupa saksikan drama Takdir Yang Tertulis setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Akasia TV3.
Baca juga artikel sebelum ini:
Scene ‘Rampas Anak’ Buat Penonton Tak Keruan, Drama Takdir Yang Tertulis Bikin Panas Hati
Baru 2 Episod, Drama ‘Takdir Yang Tertulis’ Trending Nombor Satu!
Sumber foto: Instagram Drama Sangat
Post comments (0)