Rata-rata yang aktif di media sosial pastinya mengenali siapakah Cik B. Namun, bagi yang tidak pernah tahu kewujudan gadis ini, beliau sebenarnya adalah anak kepada kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida.
Berita baik buat peminat Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin di mana beliau bakal muncul di kaca televisyen!
Terbaharu Cik B bakal memulakan keriernya sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta yang akan ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3.
https://www.instagram.com/p/CGSF6T2gEJJ/
Menerusi teaser drama yang dimuat naik di laman Instagram Drama Sangat, kelihatan Cik B bakal digandingkan bersama Naim Daniel dan Shasha Abedul.
Difahamkan beberapa selebriti lain turut membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta itu termasuklah Shalma Eliana dan Ismail Ezzani.
Video teaser tersebut sehingga kini telah meraih lebih 28,000 tontonan.
Post comments (0)