Drama slot Samarinda berjudul Bougainvillea bakal menayangkan episod akhirnya.
Menampilkan pelakon utama iaitu Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish, drama ini mengisahkan hubungan cinta tiga segi antara Adrian, Aryanna dan Mimie.
Bagaimanakah kesudahan kisah mereka?
Pada 20 Januari 2021, Instagram Drama Sangat telah memuat naik satu video yang diberi nama Rhyme Time With Nora Danish & Beto Kusyairy.
View this post on Instagram
Video tersebut adalah bersempena episod akhir drama itu.
Berdasarkan permainan rhyme time tersebut, Beto dan Nora perlu menyanyikan lagu yang liriknya mempunyai perkataan yang diberi oleh Drama Sangat Squad.
Sebagai denda jika kalah, mereka perlu membuat tarian TikTok.
Menariknya, permainan itu berkesudahan dengan Beto kalah kepada Nora.
Oleh itu, Beto perlu membuat tarian tersebut dengan bantuan Nora yang memberi tunjuk ajar.
Comel, memang comel!
Aksi Beto menari jarang dilihat sebelum ini.
Dalam pada itu di ruangan komen, ramai yang suka melihat aksi mereka dalam video tersebut.

Sumber: Instagram Drama Sangat
Post comments (0)