In real life bercinta, dalam drama pun bercinta confirm ramai yang akan ‘potong kaki’ bila tengok drama Bidadari Salju yang akan ditayangkan di TV3 pada 15 Disember ini.
Pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta iaitu Adam Lee dan Sweet Qismina bakal digandingkan dalam drama yang penuh dramatik ini.
Rata-rata peminat bagaikan sudah tidak sabar menunggu untuk menyaksikan lakonan mereka berdua.
Dalam masa yang sama, ada juga yang tertanya-tanya adakah dalam drama ini mereka akan memberikan yang terbaik memandangkan ketika ini mereka sedang hangat bercinta.
Sebelum ini, Sweet dan Adam pernah bergandingan dalam drama Adam Chempaka yang mana ketika itu cinta mereka mula berputik sehingga ke hari ini.
Drama Bidadari Salju ini turut dibintangi oleh Jasmine Suraya Chin, Nazrief Nazmi, Syazuwan Hassan, Zaki Azeman dan ramai lagi.
Apa pun, kita tunggu sahaja 15 Disember ini bagi menyaksikan drama tersebut, kita tengok sama ada ‘potong kaki’ atau tidak.
Post comments (0)