Nampaknya episod ke 10 drama Takdir Yang Tertulis benar-benar menguji kesabaran barisan pelakon yang membawa watak masing-masing.
Termasuklah Nazim Othman yang memegang watak sebagai Azlan selepas beliau dilihat memuat naik sebuah video ‘perutusan khas’ di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Nazim menyatakan dirinya berasa amat kecewa selepas dimaki oleh individu yang tidak dikenali.
View this post on Instagram
“Korang ni kan, tahulah korang marah, emo, geram dengan drama tu. Tapi yang tak fahamnya, kenapa nak maki hamun pelakon pulak? Nak maki, maki jela watak tu. Bulan pelakon.” ujarnya dengan nada bersahaja
Jelasnya lagi, cara netizen menegurnya juga seakan-akan gandingannya iaitu Nad Zainal dan Elvina adalah isterinya in real life.
“Saya single ok!” kata Nazim
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan perutusan itu, malah ada yang menyokong Nazim dengan mengatakan beliau bagaimanapun telah berjaya membawa watak tersebut.


Apa agaknya yang akan jadi dan apakah penyudahannya? Sama-sama kita tonton setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran TV3.
Sumber video: Instagram Nazim Othman
Baca artikel berkaitan:-
Scene ‘Rampas Anak’ Buat Penonton Tak Keruan, Drama Takdir Yang Tertulis Bikin Panas Hati
Bukan Pelakon Utama Pilihan, Budak Ijat Tak Sangka Drama ‘Takdir Yang Tertulis’ Menjadi!
‘Takdir Yang Tertulis’, Sebuah Drama Khas Buat Perampas
Video Muzik OST ‘Takdir Yang Tertulis’ Akhirnya Dilancarkan, Peminat Puji Bakat Amylea Azizan
Post comments (0)