Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Drama 7 Hari Mencintaiku Dah Mula Pengambaran? Peminat Tak Sabar

today5 October 2020

Background

Selepas kejayaan dua kali berturut-turut, kini sekali lagi drama rantaian kegemaran ramai 7 Hari Mencintaiku bakal disambung menjadi siri ke-3!

Sebelum ini dikhabarkan drama adaptasi novel itu bakal memulakan pengambaran pada November 2021.

Tapi pada 4 Oktober lalu, pelakon utama drama tersebut iaitu Siti Saleha telah memuat naik satu gambarnya bersama dengan Wan Sharmila dan Jaja Iliyes yang juga merupakan pelakon dalam drama tersebut.

Gambar berkenaan menunjukkan mereka sedang berada di dalam bilik salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur dan jelas terpampang mereka seperti sedang shooting!

Adakah ini bermaksud drama 7 Hari Mencintaiku 3 sudah memulakan pengambaran mereka pada tahun ini?

Namun ramai netizen menyifatkan kemungkinan mereka sedang menjalani pengambaran untuk video di saluran Youtube sahaja, maklum la sekarang kan musim ramai selebriti dah jadi Youtuber.

Pada masa yang sama, Wan Sharmila dan Jaja turut memuat naik beberapa keping gambar mereka bersama.

Siang tadi shooting manja-manja, gelak-gelak, gaduh-gaduh, jerit-jerit dengan kesayangan saya!

Kebanyakan komen yang ditinggalkan oleh peminat rata-rata bagaikan tidak sabar untuk melihat mereka beraksi semula di kaca TV.

Suka tau buat teka-teki mereka ni, agak-agak mereka ni shooting untuk drama ke untuk Youtube channel ya?

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (25)

Sosial

‘Tuhan Bayar Cash Tak Sampai 10 Minit’- Lelaki Ini Kongsi Pengajaran Berguna Dalam Berbaik Sangka

Nota: Perkongsian di bawah adalah merupakan kisah peribadi yang diceritakan Muhamed Taufik Naaim di Twitter tentang bagaimana sikap bersalah sangka terhadap seorang insan lain hampir menjadi kembali kepada dirinya. Thread (untaian) tersebut yang menceritakan kisahnya di kedai mencuci pakaian dan ketika mengambil anaknya dari rumah pengasuh itu mendapat lebih 2,000 perkongsian (retweet) di Twitter. Baca kisah beliau di bawah. Tadi masa dekat dobi, ada... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today5 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *