Connect with us

Yang Hangat

“Kenapa Jatuh Celah Tu?” Penonton Kurang Senang Dengan Babak Drama Bidadari Salju

Alamak…

Published

on

Drama Bidadari Salju kini sudah sampai pada episod 20 yang mana ketika ini Kayra iaitu watak yang dibawa oleh Sweet Qismina sudah hilang kepercayaan pada Hariz lakonan Adam Lee.

Namun terdapat segelintir penonton yang berasa kurang senang dengan babak di dalam drama ini.

Pada episod 20 yang ditayangkan pada 11 Disember lalu, terdapat satu babak yang mana pelakon Jasmine Suraya Chin perlu menggoda Adam Lee sehingga membuatkan mereka terjatuh di atas katil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Apa yang membuatkan penonton kurang senang ialah apabila Jasmine terjatuh di dalam pelukan Adam sehingga menunjukkan mereka seperti berpelukan.

Komen yang ditinggalkan oleh penonton menyifatkan babak sedemikian tidak perlu ditunjukkan di dalam kaca televisyen kerana drama ini mungkin ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.

Drama Bidadari Salju merupakan adaptasi novel hasil tulisan oleh Mia Kiff dan dibawah arahan Reza Badarudin.

Antara barisan pelakon di dalam drama ini ialah Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Chacha Maembong, Fimie Don dan ramai lagi.

Baca artikel berkenaan:

Digandingkan Dalam Drama Cinta, Peminat Tak Sabar Tengok Babak Manis Adam Lee & Sweet Qismina

Muat Naik Video Di IG, Sweet Qismina Terkejut Dihujani Komen-Komen Negatif Dari Negara ‘Jiran’

Sumber foto dan video: Instagram TV3 Malaysia dan Instagram Sweet Qismina

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.