Drama yang kini sedang disebut-sebut, iaitu drama Takdir Yang Tertulis nampaknya semakin mendapat tempat di hati penonton.
Dalam ramai asyik menonton drama tersebut, rupa-rupanya ada satu kesilapan yang telah mereka lakukan selaku pihak produksi.

Pada 2 Januari merupakan episod ketujuh drama berkenaan dan jelas terdapat satu kesilapan yang menjadi tanda tanya penonton.
Terdapat babak yang mana watak Ean yang dipegang oleh Alvin Chong berlari mengejar peragut yang meragut beg Juweta, lakonan Nad Zainal walaupun ketika itu Ean berada di dalam kereta.

Bagi menjernihkan keadaan, selaku pengarah, Budak Ijat atau nama sebenarnya Shahrulezad Mohameddin tampil memberi pencerahan kepada para penonton.
“Okay gais, meh abang cerita sangat since ramai yang tak boleh tidur asyik fikir kenapa si Ean rak kejar perabut dengan kereta dia.”
Menurut Budak Ijat, episod ketujuh yang menunjukkan Juweta diragut dan Ean tidak mengejar peragut berkenaan dengan mengguna kereta ialah satu kesilapan daripada pihak produksi kerana ketika itu sudah lewat malam dan mereka semua turut berada dalam keadaan keletihan.


“Cerita dia macam ni, sebenarnya ni silap abam. Nak dijadikan cerita tak ada seorang pun perasan atas kesilapan screenplay ni, bak artis dan krew sebab kita shoot scene ni nak dekat pukul 12 malam, memang aku ingat katil je masa ni. The funny part is yang perasan kesilapan ni ialah editor. Editor tanya abam kenapa Ean tak kejar peragut tu dengan kereta. Abam terus terkedu. Abam pandang Uchee, Uchee pandang abam. Pastu kita orang tepuk dahi dah tergelak masa edit. Haah ek… Dah kenapa Ean kena lari keluar padahal boleh je dia kejar dengan kereta.”
Secara tidak langsung Budak Ijat mengakui bahawa drama tersebut turut terdapat kelemahan dan sentiasa berharap agar ia masih dapat diterima oleh penonton.

At least kesilapan kecil macam tu yang buatkan orang ingat dengan sentuhan magis daripada Budak Ijat kan?
View this post on Instagram
Tak mengapa la, hanya kesilapan sedikit sahaja dan itu langsung tidak mengubah jalan cerita drama ni.
Apa pun, tak sabar ya nak tunggu apa yang terjadi pada episod seterusnya! Marah betul rasanya hati ni!
Baca juga artikel sebelum ini:
Bukan Pelakon Utama Pilihan, Budak Ijat Tak Sangka Drama ‘Takdir Yang Tertulis’ Menjadi!
Scene ‘Rampas Anak’ Buat Penonton Tak Keruan, Drama Takdir Yang Tertulis Bikin Panas Hati
Sumber foto: Instagram Budak Ijat dan Instagram Drama Sangat
Post comments (0)