Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Perkataan Korea Fans K-drama Mesti Tahu!

today1 October 2020

Background

Annyeonghaseyo! Anda suka tengok drama Korea tak? Kalau selalu tengok drama Korea, mesti dah boleh faham beberapa perkataan simple dan senang sebut! Antaranya:-

DAEBAK!

Kalau anda biasa tengok K-drama mesti biasa dengar perkataan ‘Daebak‘! Daebak maksudnya amazing, awesome or nak bagi pujian dekat someone secara spontan. Kalau dalam perkataan senang, hebatnya! Jadi lepas ni instead of guna perkataan awesome, korang cuba guna daebak!

UNNIE/OPPA/HYUNG/NOONA

Kalau dalam bahasa Melayu kita panggil abang dan kakak. Dalam bahasa Korea, ‘Oppa‘ bermaksud ‘abang’ dan ‘Unnie’ tu maksudnya ‘kakak’. ‘Hyung’ pun bermaksud ‘abang’, tapi panggilan untuk lelaki yang lebih dewasa. For ‘Noona’ pula, panggilan untuk wanita yang lebih dewasa. Senang je nak ingat kan?

AIGOO/OMO

Kalau terkejut, ada yang sebut ‘OMG‘ , so perkataan Aigoo dan Omo ni sama je maksudnya. Perkataan ini digunakan untuk describe yang someone tu speechless or terkejut! Tapi perkataan ‘Omo‘ ni lebih sesuai kalau guna waktu kita frust tentang sesuatu!

SUNBAE/ HOOBE

Dekat sekolah mesti ada budaya seniority. Tapi kalau dekat Korea sangat penting dalam budaya mereka untuk menghormati orang yang lebih senior tak kisah dekat sekolah or office! That’s why mereka akan panggil ‘Sunbae’ atau ‘Hoobe’ untuk orang yang lebih senior.

JINJJA

Artis Korea suka guna perkataan ‘Jinjja‘ ni bila ada reporter yang tanya soalan cepu emas! So kalau nak jawab, mereka akan sebut perkataan ini dengan reaksi muka sekali! Alaa, kalau orang Malaysia biasa sebut ‘Ohh, yeke?’..

Senang je kan perkataan yang mereka guna ni. After this boleh la try praktikkan perkataan ni dengan kawan-kawan kan.. Baru la boleh jadi Kpopers sebenar.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Neymar tak bayar cukai hampir RM170 juta

Madrid: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar berhutang lebih banyak cukai berbanding individu lain dalam senarai hitam pihak berkuasa Sepanyol, iaitu sebanyak 34.6 juta euro (RM168.8 juta), menurut dokumen rasmi yang diterbitkan hari ini. Bintang Brazil itu yang beraksi bersama Barcelona dari 2013 sehingga 2017 sebelum berhijrah ke PSG dengan nilai 222 juta euro (RM1.08 bilion) - perpindahan paling mahal dalam sejarah - mendahului senarai ribuan nama yang diterbitkan di laman […]

today30 September 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *