Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Satu Malaysia Kena Tipu,” Penonton Mahu Takdir Yang Tertulis 2

today17 February 2021

Background

Drama tontonan ramai Takdir Yang Tertulis sudahpun sampai ke penghujungnya pada 16 Februari.

Jalan cerita yang ditunggu-tunggu ramai iaitu ditamatkan dengan babak Juweta (Nad Zainal) dan Ruhila (Elvina Mohamad) berbahagia di samping anak tersayang Mika (Iman Isaac) akhirnya disiarkan.

Namun, sebelum credit akhir drama tersebut dipaparkan pada penghujungnya, kelihatan terdapat babak Akim (Muaz Fitri Maslan) memasukkan bahan terlarang ke dalam minuman Ean (Alvin Chong) dan Ruhila selain tertawa di sebalik tirai besi.

Perkara tersebut sekaligus menjadi tanda tanya ramai dalam kalangan penonton yangs sebelum ini menganggap Mika adalah kepada Ean, namun perkara sebaliknya berlaku.

Ternyata, babak tersebut juga tidak diketahui oleh pelakon-pelakon utama termasuk Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

Perkara itu didedahkan Nazim sendiri menerusi satu komen yang ditinggalkan menerusi posting milik pelakon Muaz Fiti Maslan.

Sementara itu, rata-rata menerusi laman Instagram turut berpeluang meluahkan rasa tidak puas hati dan memohon agar pihak produksi menyiarkan Takdir Yang Tertulis 2.



 

Sumber foto: Instagram Nad Zainal, Elvina Mohamad, Muaz Fitri Maslan & Budak Ijat

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Pemain hoki sedia patuhi SOP

Kuala Lumpur: Selepas sekian lama menanti akhirnya pemain dan jurulatih hoki menghela nafas lega apabila Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) bakal bermula dari 11 Mac sehingga 3 April depan. Peraturan ketat konsep gelembung sukan untuk saingan MHL bukan menjadi masalah buat mereka dan rata-rata yakin mampu mematuhi perkara yang sudah ditetapkan itu asalkan 'industri hoki' tidak berlalu sepi begitu saja tahun ini. Menurut jurulatih Universiti […]

today17 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *