Connect with us

Yang Hangat

“Tak Sanggup Tengok!” Kongsi Video Kena Pukul, Ramai Kesian Tengok Ruhainies ‘Menderita’

Wow, pertama kali Ruhainies bawa watak kasar macam ni! Tak sabar nak tengok scene kena pukul tu ya

Published

on

Tidak lama lagi, drama Cukup Derita Itu karya asal novelis terkenal iaitu Siti Rosmiza bakal diterbitkan di dalam drama yang menyaksikan lakonan hebat antara Nur Ruhainies, Chacha Maembong, Hisyam Hamid, Fahrin Ahmad, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Drama dibawah arahan Along Kamaludin itu juga bakal memperlihatkan Ruhainies ‘didera’ dan dilayan dengan begitu teruk sekali oleh ahli keluarganya sendiri.

Dalam masa yang sama, Ruhainies turut ada kongsikan satu video pendek menyaksikan beliau ‘dipukul’ dengan begitu teruk sekali oleh watak yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Siapa sangka rupa-rupanya Ruhainies mampu untuk membawa watak berat seperti itu yang mana beliau terpaksa menjadi seorang yang kasar dan agak boyish, no more watak manja.

Ramai pengikutnya di laman Instagram turut tidak sanggup untuk menonton scene tersebut kerana Ruhainies kelihatan seperti baru lepas dipukul dan berlumuran darah.

Apa pun, jangan lupa saksikan drama Cukup Derita Itu yang akan bersiaran bermula 6 Mei ini di slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam hanya di TV3!

Sumber foto dan video: Instagram Ruhainies dan Jasmin Hamid

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.