Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Muat Naik Gambar Doa Urusan Dipermudahkan, Neelofa Beri Pelbagai Jawapan Pada ‘Background’

today24 March 2021

Background

Teka-teki berhubung tarikh pernikahan selebriti Noor Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz masih belum terjawab.

Namun Neelofa pada 23 Mac 2021 telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya seakan berkaitan dengan hal yang sedang diperkatakan.

Perkongsian yang dimuat naik itu menunjukkan doa memohon pertolongan dan diberikan kemudahan dalam melakukan urusan.

Melalui caption:-

“dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah.. ??? doakan saya dalam doa doa kalian”

Neelofa memohon agar orang ramai mendoakan beliau supaya segala urusannya berjalan lancar.

Namun antara yang menarik perhatian, foto background untuk doa itu menampakkan seakan beliau sedang melakukan fitting baju.

Adakah benar dakwaan beliau akan berkahwin dalam masa terdekat?

Dalam pada itu, hantaran beliau diterima baik oleh orang ramai apabila rata-rata komen yang ditinggalkan turut mendoakan untuk selebriti tersebut.

Semoga apa yang dirancang beliau dipermudahkan semua!

 

Baca artikel berkaitan: Selepas Noor Nabila Dan Engku Emran, Neelofa Dan PU Riz Pula Beri ‘Hint’ Bakal Bernikah Minggu Ini

Sumber: Instagram Neelofa

Written by: Hasanah Yusof


Previous post