Sebenarnya drama yang ketika ini sedang hit ditayangkan iaitu drama Takdir Yang Tertulis ada banyak ‘deleted scene’ atau dalam erti kata lain babak yang tidak dimasukkan di dalam drama berkenaan atas sebab yang tertentu.
Namun, menerusi laman Instagram pengarahnya Sharulezad Mohameddin atau Budak Ijat, mereka telah memuat naik babak-babak itu sekaligus merungkaikan segala persoalan yang tidak terjawab. Jom kita layan:-
1) BABAK KENAPA JUWETA TAK KENAL RUZITA
View this post on Instagram
2) BABAK KE MANA MENGHILANG EAN SELAMA 7 TAHUN
View this post on Instagram
3) BABAK SELEPAS RUHILA TAMPAR AZLAN DI HOSPITAL
View this post on Instagram
Menurut Budak Ijat, babak-babak ini dipadam atau dikorbankan kerana dialognya seakan-akan sama dengan episod lain.
“Kat Malaysia ni lain sikit. Stesyen TV yg menentukan duration sesebuah content. Kalau korang perasan drama drama Korea atau drama Hollywood duration dipegang oleh production tapi tidak di Malaysia. Setiap drama drama ni akan berbeza beza durasi setiap episod,” tulis Budak Ijat
Jelasnya lagi, setiap episod pihak produksi cuma diberikan durasi 42 minit maximum sahaja untuk satu episod tidak termasuk iklan.
“Maka proses trimming atau buang scene terpaksa dilakukan,” ujarnya lagi
Drama Takdir Yang Tertulis masih lagi ditayangkan bermula jam 10 malam menerusi saluran TV3.
Sumber video: Instagram Sharulezad Mohameddin
Post comments (0)