Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

19 Tahun Berlalu, Baru Tahu Gerai Senario Sebenarnya Terletak Di Sini

today31 October 2020

Background

Masih ingatkah lagi anda dengan filem kegemaran ramai yang menjadi kegilaan pada suatu ketika dahulu?

Filem yang dimaksudkan adalah Lagi-Lagi Senario yang dibintangi oleh ahlinya termasuk Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Saiful Apek, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Diterbitkan pada tahun 2001, filem berkenaan masih lagi mendapat perhatian ramai selepas salah seorang daripada pengguna Twitter memuat naik sebuah foto iaitu gerai yang popular menerusi filem berkenaan dan mengajukan soalan itu kepada pelakon dan pengarahnya, Saiful Apek serta Aziz M. Osman.

“Assalamualaikum @saifulapek, @AzizMOsman, boleh tahu tak lokasi warung legend ni kat mana?”

Ciapan tersebut berjaya dibalas Aziz M.Osman dengan menunjukkan keadaan lokasi gerai tersebut ketika ini:-

Ternyata, gerai itu terletak berhadapan dengan Sri Pentas TV3, di Bandar Utama Selangor.

Gerai yang dahulunya dibina sebenarnya telah diubah menjadi tempat letak kenderaan.

Mungkin pada waktu itu, penggambaran boleh diambil susulan lokasi tersebut belum lagi menjadi sebuah tapak pembinaan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Wolves kini ketiga liga | Harian Metro

Wolverhampton: Penyerang muda Rayan Ait-Nouri meraikan penampilan sulungnya dengan meledakkan jaringan untuk membantu pasukannya Midlands menewaskan Crystal Palace 2-0 di Molineux sekali gus melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana. Kemenangan itu membolehkan Wolves menyamai kutipan mata dua pasukan teratas dari Merseyside, Everton dan juara bertahan Liverpool. Ait-Nouri yang juga bek kiri Perancis bawah 21 tahun itu menyertai Wolves sebagai pemain pinjaman sepanjang musim ini dengan pilihan... Klik sini untuk baca […]

today31 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *