Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Money Heist Season 5 Bakal Kembali 2021, Pengarah Dedah Ini Rompakan Terakhir

today5 November 2020

Background

Buat pelayar penstriman Netflix, pasti akan mengikuti drama aksi Sepanyol yang popular di dunia, iaitu La Casa de Papel atau lebih dikenali sebagai Money Heist.

Sebelum ini, musim pertama hingga musim keempat drama aksi ini mencetuskan fenomenanya tersendiri sehingga menjadi kegilaan peminat mereka termasuk di Malaysia.

Terbaharu, para pelakon dilihat sudah mula memuat naik gambar masing-masing memberitahu bahawa mereka sudah kembali memulakan penggambaran!

Malah, Netflix juga sudah mengeluarkan trailer untuk musim ke 5 di mana kita dapat menyaksikan beberapa watak baharu yang akan muncul untuk musim itu.

 

Ini antara watak baharu yang sudah diumumkan oleh Netflix iaitu Miguel Ángel Silvestre dan Patrick Criad tetapi masih belum diketahui apakah peranan yang akan dibawa oleh mereka.

EXCLUSIVA YOTELE | Patrick Criado y Leonardo Sbaraglia, los desertores de  la serie de Telecinco «

Difahamkan, musim ke 5 ini juga adalah musim terakhir drama aksi ini ditayangkan dan mereka sedang dalam penggambaran yang dijangka akan mula menemui penonton pada 31 Julai 2020.

Biarpun ramai yang teruja dengan pengumuman Money Heist musim ke-5 bakal kembali, namun ada yang terlebih dahulu menyatakan kesedihan mereka apabila Netflix turut mengumumkan ini merupakan rompakan terakhir mereka.

Musim lepas kita menyaksikan Alba Flores atau Nairobi yang juga merupakan watak penting di dalam Money Heist dibunuh dan tidak dapat diselamatkan.

Netflix Money Heist (La Casa de Papel) Spoilers: Alba Flores Says Goodbye,  Nairobi's Shocking Death & Exit! - Daily Soap Dish

Bagaimana pula dengan musim terakhir ini, are you guys ready?

Image

Sama-sama kita nantikan!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

[VIDEO] Banduan Kluster Tembok Nyanyi Untuk Para Frontliners Undang Sebak Rakyat Malaysia

Menerusi posting di Facebook, wakil frontliners KKM mengakui memori dan kenangan di penjara tersebut tidak akan dilupakan buat selamanya."Biarpun mereka banduan, mereka sangat menghormati kami, memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang berada di sana," tulisnya.Beliau turut mendoakan semua banduan terbabit sihat sejahtera dan menggunakan peluang kedua untuk membina semula keyakinan dan kembali hidup bermasyarakat dengan komuniti... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *