Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

10 Tanda-Tanda Kanser Mulut Yang Kita Boleh Buat Pemeriksaan Sendiri

today17 October 2020

Background

Kanser sememangnya penyakit yang tidak asing lagi dengan negara kita, malah mampu membunuh seseorang dengan cara menjejaskan sel-sel dalam badan.

Bagi kanser mulut, ia merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut sehingga seseorang itu boleh hilang upaya yang teruk.

Namun, pengesanan awal mengenai penyakit ini boleh dirawat sebelum ia merebak dengan lebih teruk lagi dengan lakukan pemeriksaan sendiri:-

  • Tekan kedua-dua bahagian tepi leher dan bawah rahang bagi mengesan jika terdapat benjol atau bengkak, luka serta perubahan warna.
  • Tarik bibir atas luas-luas bagi memeriksa gusi dan bahagian dalam bibir jika terdapat ulser iaitu tompokan putih atau merah. Ulang untuk bibir bawah pula.
  • Tarik pipi kanan dan periksa menggunakan jari telunjuk di bahagian dalam pipi manakala ibu jari di luar pipi, picit perlahan untuk mengesan sebarang kelainan. Ulang untuk pipi kiri.
  • Dongak kepala dan buka mulut serta periksa bahagian lelangit. Perhatikan sebarang perubahan atau benjolan.
  • Letakkan hujung lidah di lelangit. Periksa lantai mulut dan bahagian bawah lidah.
  • Keluarkan lidah dan periksa permukaan keseluruhan lidah serta perhatikan sebarang perubahan warna dan tekstur di bahagian lidah.

 

Sumber daripada: Berita Harian

Written by: Azra Azuar

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *