Sekarang ni kalau anda perasan, pemain bola sepak kita pun dah ikut gaya pemain eropah dan macam selebriti pun ada kan?
Dah macam trend tak kisah lah player bola atau pun atlet sukan lain mesti wajib ada Instagram sebagai platform untuk menonjolkan diri dan merapatkan lagi hubungan dengan peminat masing-masing.
Kali ini Hot FM nak kongsi 5 pemain bola sepak Malaysia paling tinggi followers di Instagram:
- SAFAWI RASID – JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)
Safawi Rasid remaja dari Terengganu ini baru sahaja berusia 23 tahun. Mempunyai sepakan kaki kiri yang padu membuatkan beliau antara pemain muda yang mempunyai masa depan yang cerah dalam arena bola sepak Malaysia.
Mempunyai lebih 846,000 pengikut di instagram membuatkan beliau menjadi pemain bola sepak tempatan yang mempunyai paling banyak pengikut di Malaysia dalam kalangan pemain bola sepak Malaysia.
Safawi juga menjadi antara rebutan gadis-gadis di luar sana, namun ketika ini beliau telah dikaitkan dengan Syifa Melvin iaitu adik kepada Syatilla Melvin.
Safawi juga sudah berangkat ke Portugal untuk merealisasikan impian bermain di Eropah bersama kelab Portimonense. Selamat maju jaya Pawi!
- AKHYAR RASHID (JDT)
Siapa tak kenal pemain muda yang menjadi kegilaan gadis-gadis pada masa kita Akhyar Rashid yang baru saja berusia 21 tahun.
Sebelum ini isu kontroversi yang melanda Akhyar Rashid atau dikenali sebagai Mat Yat mengenai isu pemindahannya dari Kedah nak ke JDT menjadi bualan hangat perminat bola sepak Malaysia.
Kini, isu hangat yang baru diperkatakan bercinta dengan pelakon jelita kecik molek Eyka Farhana.
Mempunyai lebih 809K pengikut di instagram dan menjadikan Mat Yat Pemain bola tempatan nombor 2 paling tinggi pengikut di Malaysia.
Harap Mat Yat dapat menerusikan prestasi di JDT dan ketepi segala kontrovensi yang ada.
- ZAQUAN ADHA – (KEDAH)
Siapa tak kenal pasangan kembar popular Aidil Zafuan dan Zaquan Adha pada dahulu zaman kemunculan di kancah bola sepak.
Mempunyai lebih 729K pengikut di instagram membuatkan Zaquan atau lebih dikenali dengan shark ini merupakan pemain bola sepak di Kedah pada masa kini.
Diam tak diam dah 2 tahun dah duduk kampung bini ye! hehe jangan marah shark!
Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah pada tahun 2011. Dengan jumlah follower 729K pengikut menjadikan Zaquan Adha adalah nombor 3 paling tinggi pengikut di laman Instagram.
- AIDIL ZAFUAN – (JDT)
Aidil Zafuan adalah captain Harimau Malaya kita, siapa yang tak kenal pasangan kembar abang kepada Zaquan Adha. Walaupun dah berusia 33 tahun tapi performance masih lagi padu dan antara watak penting di benteng skuad kebangsaan dan juga di JDT.
Dengan pengikut lebih 533K follower di Instagram menjadikan beliau nombor 4 paling popular dalam kalangan pemain tempatan bola sepak Malaysia.
- KHAIRUL FAHMI – MELAKA UNITED
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex. Pernah menjadikan fenomena pada zaman 2010 dengan prestasi yang sangat cermerlang ketika membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki Cup 2010.
Dengan 519K pengikut di Instagram di Malaysia menjadikan beliau top 5 pemain paling popular di laman Instagram.
Tak kisah siapa paling banyak pun, yang paling penting prestasi dorang sama di dalam mahupun luar padang.
Sebab ramai anak-anak muda yang tengok dan boleh jadi ikutan idola mereka. Fakta menarik pengikut paling ramai Instagram di dunia pun adalah dalam kalangan pemain bola iaitu Cristiano Ronaldo dengan 239M followers, Woww kalah artis Hollywood punya follower.
Post comments (0)