Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

ABPBH 33: Rezeki Berganda Buat Haqiem Rusli Selepas Beli Kereta Baharu Untuk Ibunya

today14 November 2020

Background

Nampaknya masih belum terlambat untuk Hot FM mengucapkan tahniah buat penyanyi Haqiem Rusli yang dinobatkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Anugerah yang diadakan mengikut norma baharu di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 November 2020 menyaksikan Haqiem memperoleh undi sebanyak 22,332,676 sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal November lalu.

Selain itu, Haqiem turut berjaya membawa pulang sebuah kereta baharu tajaan sebuah syarikat permotoran.

Namun apa yang menarik perhatian dan menjadi perbualan hangat netizen sejurus beliau menerima anugerah terbabit adalah rezeki berganda buatnya selepas menghadiahkan ibunya sebuah kereta baharu beberapa hari sebelum beliau dinobatkan sebagai juara anugerah itu.

Menurut kenyataan Haqiem yang diberi menerusi Harian Metro, sebagai anak beliau berusaha menggembirakan ibu tersayang, apatah lagi kereta itu adalah kenderaan idaman yang sudah disuarakan ibunya agak lama untuk dimiliki.

Ni baru betul gentleman kan? Utamakan ibu bapa dengan berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Semoga Haqiem Rusli terus berjaya pada masa akan datang dan akan menjadi inspirasi buat ramai anak muda yang lain..

 

Baca artikel berkenaan: Usia 22 Tahun Sudah Ada Dua Kereta, Peminat Tumpang Bahagia Untuk Haqiem Rusli

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Salah positif Covid-19 | Harian Metro

Kaherah: Bintang Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19 tetapi tanpa sebarang gejala, menurut pengumuman Persatuan Bolasepak Mesir hari ini. Ujian calitan yang dijalankan ke atas skuad kebangsaan "menunjukkan pemain antarabangsa kami, Mohamed Salah, bintang Liverpool dijangkiti koronavirus," kata jurucakap dalam ciapan di Twiter dan menurutnya lagi 'tanpa sebarang gejala.' Pemain sayap Mesir itu menjadi bintang terbaru Reds yang dijangkiti virus selepas Sadio Mane, Thiago... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today13 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *