Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Akui Langgar Adat Merisik Secara Online, Erma Fatima Nekad Mahu Cepatkan Urusan Jodoh Anak

today20 June 2021

Background

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan banyak urusan.

Ia termasuklah proses penyatuan dua insan untuk bergelar pasangan suami isteri.

Namun setiap kesukaran itu pasti dapat diatasi dengan usaha yang baik untuk menghalalkan sesuatu hubungan cinta antara lelaki dan perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Baca artikel berkaitan: Buat Rondaan Paksa Pekerja Untuk Solat, Tindakan Erma Fatima Sebagai Majikan Ini Dipuji

Perkara itu ditunjukkan oleh penerbit Erma Fatima yang telah melakukan acara merisik untuk anak lelakinya secara online.

“ALHAMDULILLAH

Setahun lebih tunggu..ada aja alasannya..PKP lah..itulah..inilah..jd majlis smlm aku plan 3 hari sebelumnya dan syukur settle. Walaupun dah langgar adab..tkpelah. Yg penting benda baik kita cepatkan. Insyaallah.”

Menurut Erma, tindakan beliau itu dikira tidak beradab kerana melakukan adat merisik secara online, namun beliau merasa bertanggungjawab untuk mempercepatkan urusan jodoh anaknya.

Tambahan lagi, perkara yang baik seeloknya dipercepatkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Acara merisik tersebut tetap berjalan lancar walaupun terdapat cabaran dalam bentuk gangguan capaian internet.

Turut menyertai acara berkenaan ialah bekas suami Erma, Bade Azmi.

Tidak mengapalah walaupun ia sekadar dijalankan secara online, yang penting Erma sudah melakukan tindakan yang betul dan semoga ia dapat dicontohi oleh ibu bapa lain yang ingin menjodohkan anak mereka.

 

Sumber: Instagram Erma Fatima

Written by: Hasanah Yusof


Previous post