Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Anak Angkasawan Negara Silap Eja Nama Sebab Lama Tak Pergi Sekolah

today6 November 2020

Background

Ramai yang mengenali keluarga angkasawan pertama negara iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Beliau dan isterinya iaitu Datin Dr. Halina kerap berkongsi ilmu serta kisah menarik keluarganya di Instagram.

Pasangan yang juga merupakan doktor perubatan tersebut kini memiliki dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki kembar.

Lebih membahagiakan, keluarga ini akan mendapat ahli baru setelah Dr. Halina sebelum ini mengumumkan dirinya sedang hamil bayi kembar.

Pada 5 November 2020, Dr. Halina telah berkongsi satu hantaran lucu di Instagram miliknya.

Ia menujukkan anak perempuanya yang bernama Sophea Natasha telah silap mengeja namanya sendiri menjadi ‘Shopea Natasha.’

Hantaran itu disertakan caption:-

“Bila dah lama tak sekolah… nama kelas salah.. nama sendiri pun salah… ??‍♀️ It’s Sophea… not Shopea ?”

Maklumlah, sekarang ini mereka terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), oleh itu sekolah masih lagi ditutup di kawasan yang terlibat.

Rata-rata komen pada hantaran itu menyatakan rasa lucu dan mengira ia hampir sama ejaan dengan Shopee.

Terhibur pula bila terbayangkan situasi ketika itu.

Apa pun semoga keluarga angkasawan kesayangan ramai ini sentiasa bahagia dan ceria.

Buat Datin Dr. Halina, Hot FM mendoakan kesihatan yang baik bersama bayi kembar dalam kandungan!

Sumber: Instagram Datin Dr. Halina

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

BeFunky-collage-12

Sosial

Kecewa Dan Tertekan Diberhentikan Kerja, Bekas Pengurus Maut Selepas Rempuh Kilang

Terbaharu, seorang bekas pengurus berusia 52 tahun yang diberhentikan kerja maut apabila dilanggar treler selepas merempuh masuk ke kilang dan membaling botol petrol di Jalan Kuala Kangsar, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, hasil siasatan awal mendapati kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran dan merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan... Klik sini untuk baca […]

today6 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *