Salute kepada Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya iaitu ahli kumpulan Dolla, yang kini sedang meniti puncak populariti!
Kejayaan lagu Raya Raya Raya telah membuka mata masyarakat akan bakat besar, serta kemampuan mereka membawakan genre lagu yang berbeza selain daripada lagu pop yang rancak.
Video muzik lagu Raya Raya Raya hasil ciptaan bersama oleh beberapa orang komposer dan penulis lirik profesional iaitu Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique ini, telah berjaya meraih lebih daripada tiga juta tontonan di platform YouTube, walaupun baru sebulan lebih dilancarkan.
Dipetik daripada Harian Metro, apabila berbicara mengenai lagu istimewa meraikan Aidilfitri itu, Syasya berkata Dolla menganggapnya sebagai rezeki mereka.
Katanya, tak sangka dapat juga Dolla mempunyai lagu raya sendiri.
“Setiap lagu dibawakan Dolla, seboleh-bolehnya kami berempat cuba mengajak peminat dan penonton untuk sentiasa berfikiran positif. Malah, yang penting bagi kami ialah mesej lagu itu dapat disampaikan.
“Kami juga sudah membuat terbaik untuk video muzik lagu Raya Raya Raya ini. Malah, lirik lagunya juga tidak menyimpang daripada mesej yang nak kami sampaikan kepada pendengar,” katanya.
Kami kongsikan video muzik lagu Raya Raya Raya nyanyian Dolla.
Well done Artist Jagoan June 2021- Dolla! You guys are sensational!