Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Azrinaz Mazhar Hakim Tetap Mendoakan Puterinya Di Brunei Walaupun Sudah Lama Terpisah

today28 January 2021

Background

“Jauh di mata, dekat di hati,” itu pepatah Melayu yang menggambarkan bahawa jarak tidak menjejaskan kasih sayang seseorang yang berjauhan dengan insan tercinta.

Itu juga yang dialami personaliti yang dahulunya aktif dalam bidang kewartawanan, Azrinaz Mazhar Hakim yang berjauhan dengan dua orang anakandanya yang berada di Brunei.

Putera Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ialah anakanda Azrinaz dengan perkahwinan terdahulunya bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Pada 28 Januari 2021, Azrinaz telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya bersempena ulangtahun kelahiran Puteri Ameerah.

Bersempena hari itu, Azrinaz menulis luahan hati buat puteri tercinta:-

“Jauh di mata, dekat di hati’. When I was at your age, I might not understand what does that old Malay phrase mean. Today I may not just understand, but I feel it

In my eyes, no one can equal your beauty. Nothing could lessen my love to you; now till eternity. You might grow older but you always be my little ‘Ameerah the Princess’ ??

On this special day, you have my endless prayer ?? Even from far, as you deserve true happiness. You were born to be special, one of a kind with a beautiful soul, and mind. Happy birthday ? my darling, my world, my everything ??‍?‍?#awb#AmeerahWardatulBolkiah#birthday#princess#MotherDaughter#blood”

Begitulah kasih seorang ibu, walaupun terpisah jauh, kasih sayang serta doa tetap dipanjatkan buat anakanda tercinta.

Dalam pada itu, perkongsian ini mendapat perhatian ramai di ruangan komen.

Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah!

 

Baca artikel berkaitan: Prince Mateen Dedahkan Penyakit Yang Dihidapi Kekanda, Prince Azim Sebelum Mangkat

Sumber: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Babak Ibu Koma Terjaga Lepas Dengar Lagu TikTok Ini Buat Netizen Dekah. Lawak!

Menerusi video tersebut, kelihatan babak berkenaan sedang memaparkan seorang wanita yang sedang koma berada di hospital sambil ditemani suami dan anaknya.Namun, apa yang melucukan adalah apabila si anak meminta bapanya untuk menari bersamanya melalui TikTok sebagai memperingati aktiviti kesukaan ibunya itu.Tidak lama selepas itu, ibunya yang koma tiba-tiba saja tersedar setelah mendengar muzik lagu TikTok berkenaan.Lihat video penuh itu di bawah:

today28 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *