Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Cik Manggis Kongsi Caranya Untuk ‘Motivate’ Diri

today3 November 2020

Background

Dalam hidup mesti ramai antara kita yang mempunyai impian untuk capai sesuatu sama ada impian untuk jangka masa pendek atau panjang.

Impian ibarat satu tujuan yang memberi kita semangat untuk teruskan kehidupan.

Namun, seberapa bermotivasikah kita untuk terus berusaha mencapai impian tersebut?

Pada 2 November 2020, penyanyi dan pelakon Cik Manggis telah berkongsi caranya untuk buat diri lebih bermotivasi.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Cik Manggis memberitahu dia menampal tulisan tentang impian yang diinginkan pada pintu.

I set a new goal last year (yang Manggis sendiri tak sure boleh capai ke tak) and tampal kat pintu so that everytime nak keluar bilik i’ll see it. And setiap kali ternampak mesti ada satu rasa ‘I have to work harder’ dalam hati. Dapat achieve or tak, tu nombor 2.”

Katanya, dengan cara tersebut, dia dapat melihatnya selalu dan ingat tentang impiannya itu. Namun tercapai atau tidak impian tersebut jatuh kepada nombor 2.

Ini kerana, tujuan menampal impian berkenaan adalah untuk mengingatkan diri supaya terus berusaha.

“Yang utamanya ada motivation untuk terus berusaha. Keep praying, Allah will guide to the right path, in shaa Allah.”

Selain berusaha, Cik Manggis juga berkongsi bahawa doa yang berterusan juga penting supaya Allah akan tunjukkan jalan yang benar.

Apa yang dikongsikan adalah cara Cik Manggis untuk ingatkan dirinya berusaha.

Bagaimana pula cara anda?

 

Sumber: Instagram Cik Manggis

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Lorenzo minat Aprilia tapi hati dengan Yamaha

London: Jorge Lorenzo mengesahkan spekulasi rundingannya dengan Aprilia mengenai peranan sebagai pelumba ujian MotoGP pada musim 2021. Tetapi bekas juara tiga kali MotoGP itu menegaskan ia hanyalah Pelan B dan pilihan utamanya menjadi pelumba ujian Yamaha, pasukan yang diwakili ketika menjuarai kelas perdana. "Saya mahu terus menjadi pelumba ujian dan pilihan utama masih lagi Yamaha," kata Lorenzo kepada AS.com. "Kerana saya menang dengan mereka dan saya selesa dengan jentera. Tetapi... […]

today3 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *