Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

“Comel! Rambut Blonde,” Wajah Terkini Puteri Sulung TTA & Dennis Muhammad Curi Tumpuan!

today22 January 2021

Background

Umum mengetahui Puteri Sultan Johor, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suaminya Dato Dennis Muhammad mempunyai seorang anak yang comel.

Namun, wajah anaknya yang diberi nama Layla Sofiah itu jarang didedahkan di mana-mana portal dan media sosial.

Bagaimanapun baru-baru ini, orang ramai akhirnya dapat melihat wajah terkini Layla mereka menerusi laman Instagram Yang Amat Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam, isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.

Difahamkan foto-foto ini diambil saat Keluarga Diraja Johor berkumpul untuk menyambut hari ulang tahun Layla yang pertama!



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu teruja melihat wajah terkini Layla:-



Untuk info Tunku Aminah merupakan puteri tunggal Sultan Johor itu telah mendirikan rumah tangga dengan Dennis Verbaas seorang warganegara Belanda pada 14 Ogos 2017.

Dennis telah memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dengan nama Islamnya kini Dennis Muhammad Abdullah.

 

Sumber foto: Instagram YAM Che Puan Khaleeda

Baca artikel berkaitan:

CP Khaleeda Ubati Kerinduan Ramai, Muat Naik Foto Terbaharu Bersama TTA!

Dihujani Ucapan Tahniah, Majlis Berandam Surai Anakanda Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Berlangsung Penuh Istiadat

TMJ Bakal Timang Anak Ke-4, Instagram CP Khaleeda Dihujani Ucapan Tahniah

CP Khaleeda Dedah Pertemuan Pertama Dengan TMJ

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Pemain TFC timba ilmu Jepun

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) berpeluang menghantar pemainnya berguru di Jepun selepas menjalin kerjasama dengan pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd di pejabat TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Berita gembira itu dinyatakan Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang bersedia menawarkan tempat buat pemain muda TFC menimba ilmu di negara Matahari Terbit itu. "Selepas perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua... Klik sini untuk […]

today21 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *