Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Ditanya Tujuan Ke Palestin, Caprice Jawab 3 Misi Yang Ingin Dicapai

today25 June 2021

Background

Selebriti Caprice telah memulakan perjalanan dalam misi kemanusiaan ke Palestin pada 23 Jun 2021.

Kebenaran untuk beliau ke sana diperoleh saat akhir, namun Caprice tetap bersyukur akan rezeki tersebut.

Bagaimanapun ada persoalan yang ingin diketahui ramai, apakah tujuan beliau ke sana?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Baca artikel berkaitan: Dicabar Menyanyi Rap Sewaktu Terima Suntikan Vaksin, Caprice Berjaya Atasi Fobia Dengan Jarum!

Oleh itu, Caprice menjelaskan tentang soalan tersebut melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram beliau pada 25 Jun 2021.

“Salam jumaat Malaysia… ramai wartawan / blogs / news dm tanya ape misi caprice di sini. So ill type it here.

1. To provide help to Palestinians in this region / gaza

2. To meet with my new friends & build a strong network demi my long-term Road To Al Aqsa 2040 vision.

3. To meet with my fellow Malaysians dan pelajar Malaysia who have been stuck in Cairo sejak covid-19″

Bagaimanapun menurut selebriti itu, beliau tidak dapat merakam perjalanan misi tertentu atas tujuan keselamatan.

“Cuma caprice tidak boleh rakam semua gerakan untuk certain missions demi keselamatan. Kalau ade mission complete, baru dapat post InsyaAllah.

Terima kasih kepada semua yang doa dan bakar semangat kita… i really appreciate it. Love and God bless Malaysia ❤
#rapatkansaf2040″

Caprice juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya.

Semoga perjalan misi beliau di sana dipermudahkan.

 

Sumber: Instagram Caprice

Written by: Hasanah Yusof


Previous post