Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Fynn Jamal Jawab Persoalan Tentang Keretanya Yang Mempunyai Pelekat OKU

today6 January 2021

Background

Penyanyi Fynn Jamal mempunyai pengikutnya yang tersendiri di laman sosial.

Beliau juga diketahui mempunyai seorang anak angkat yang menghidap Autism.

Pada 6 Januari 2021, Fynn telah berkongsi satu video di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal)

Perkongsian tersebut menjawab persolan yang ditanya mengenai pelekat OKU yang terdapat pada keretanya.

Beliau menjawab soalan itu dengan menulis:-

“kenapa kereta akak ada sticker OKU?”

sbb di dalamnya ada anak OKU yg seperti bom jangka. bila2 masa sahaja boleh meletup.

Bagaimanapun Fynn memberitahu, pelekat itu bukanlah untuk tujuan mengambil kesempatan:-

jgn risau.
kami takkan kacau OKU parking. kami ok je parking mana2. sticker bukan utk mengelat. kitorg pun malas nak pura2 tempang keluar kereta kalau parking kat OKU space.

Selain itu, Fynn menjelaskan kemungkinan situasi yang berlaku di dalam kereta jika anaknya berubah sikap:-

but look.
this is on a good day.
tgk cane rilek je dia duduk dalam kereta sedemikian. haha.

bayangkan di waktu2 tgh drive dgn bertenang tiba2 dia meltdown dan dok pukul2 drebar (sesiapa pun di belakang stereng; mami ke dedi— kalau dia nak balun mmg balun je).

sticker OKU tu supaya org boleh jaga jarak dgn kereta kami. supaya org lebih alert dan hati2. as everyone should be bila nampak kereta berpelekat OKU.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan tentang OKU buat semua:-

OKU is not one type;
autistm is never one dimensional.

boleh train. boleh guide. tapi not necessarily dia akan taat dgn arahan. anak2 gini agak sulit utk difahamkan.

tapi korang—
yang membaca semua ni—
boleh difahamkan, kan?

boleh faham yang anak2 syurga gini tak semua ada capability utk mendapat faham, kan..?

kan?
kan?
kan?

#junadaddy

Perkongsian ini turut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Semoga perihal OKU serta kesedaran tentangnya lebih diambil tahu oleh ramai orang.

 

Baca artikel berkaitan: “Ingatkan Azan!” Keletah Anak Autism Fynn Jamal Dapat Perhatian, Semua Lukisan Penuh Makna

Sumber: Instagram Fynn Jamal

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

collage

Sosial

Muka Lelaki India Dengan Misai Tebal Sering Jadi Bahan Jenaka, Siapa Sebenarnya Dia?

Istilah “meme” digunakan pertama kali oleh ahli biologi evolusi dari England, Richard Dawkins, dan telah direkodkan di dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1976, The Selfish Gene. Dawkins menyebut meme sebagai “Mimeme”. Istilah ini berasal dari Yunani yang membawa maksud “ditiru” atau tiruan dan kemudiannya dipendekkan menjadi “meme”. Difahamkan, Dawkins mencipta istilah itu kerana dia mahu menggambarkan bagaimana sesuatu idea itu disebarkan dari generasi ke... Klik sini untuk baca artikel […]

today6 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *