Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Jejaka Ini Tunaikan Impian Ibunya Untuk Beli Kereta Idaman

today5 November 2020

Background

“Kasihnya ibu membawa ke syurga”

Itu adalah ungkapan untuk menjelaskan hebatnya seorang ibu.

Setiap insan dilahirkan adalah berasal dari rahim ibu.

Besar pengorbanannya sehingga ia tidak dapat dibalas sepenuhnya oleh seorang anak.

Pada 4 November 2020, pemilik akaun Twitter @cankkqul telah membuat satu ciapan yang menunjukkan cara dia menggembirakan hati ibunya.

Berdasarkan perkongsian berkenaan, ibunya mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta idaman.

Namun hasratnya tersebut dirasakan tidak dapat dipenuhi memandangkan si ibu seorang yang tidak berkerja.

Lelaki itu bagaimanapun telah menunaikan impian tersebut dengan membeli kereta idaman ibunya.

“Akhirnya dapat tunaikan impian mak selagi masih hidup”

Perkongsian ciapan tersebut dihujani dengan ucapan yang membina serta memuji tindakannya.

Semoga amalan baik yang dilakukan lelaki itu dibalas dengan ganjaran yang baik.

Anda pun mesti ada impian juga untuk menghadiahkan sesuatu buat ibu dan bapa, kan?

Hot FM mendoakan agar impian itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti!

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Written by: Azra Azuar


Previous post

photo_2020-11-05_16-44-46

Sosial

Dikatakan Skop Kerja Pramugari Sama Seperti ‘Waiter’, Ini Pandangan Zarul Umbrella

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial tentang kru kabin penerbangan yang diberhentikan kerja kerana situasi ekonomi dan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Bagaimanapun, tatkala sebahagian besar netizen memberikan kata-kata semangat kepada pramugari dan pramugara yang kini kehilangan punca rezeki, namun ada juga individu yang dilihat cuba berbuat sebaliknya. Perkara itu dikatakan berlaku apabila ada sesetengah daripada mereka ini... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *