Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Kebajikan Staf Diutamakan, Hafiz Mahamad Boleh Dijadikan Majikan Contoh

today9 December 2020

Background

Nama usahawan Hafiz Mahamad sering disebut dengan kisah bahagia dan perkara baik yang dikongsikan.

Pada 9 Disember 2020, beliau telah memuat naik satu video perkongsian di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Hantaran itu menunjukkan beliau dan isteri membeli hadiah dan menyampaikan bonus buat pekerjanya.

Antara caption yang ditulis:-

“Happy bila tengok reaction β€œstaff dapat bonus & gift”

Pada saya, mereka ni semua hebat sangat. Saya tak suka team saya kecewa, tak cukup makan & sebagainya. Saya risau sangat, jujur dari hati”

Menurut Hafiz, beliau sangat menghargai kerja dan usaha yang dilakukan stafnya:-

“Saya faham team saya, mereka keluar pagi kadang ada yg sampai balik malam. Mereka tak berkira pun dari segi tenaga. Itu yg saya tak dpt lupa & hargai sangat sangat”

Beliau juga menyatakan bahawa kebajikan keluarga, pasukan dan pelanggan menjadi keutamaannya.

Hebatnya layanan yang diberikan seorang majikan seperti Hafiz Mahamad.

Bukan mudah nak dapat peluang macam ni.

Di ruangan komen pula, ramai yang memuji perkara baik yang dilakukan Hafiz tersebut.

Semoga stafnya juga akan berkhidmat dengan cemerlang di bawah seliaan beliau.

 

Baca artikel berkaitan: Hafiz Mahamad Buktikan Erti β€˜Sahabat’ Yang Sebenar

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Lelaki Ini Menari TikTok Lagu Iklan Beras Cap Rambutan, Siap Buat Muka β€˜Kering’

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, remaja lelaki yang dikenali sebagai Jani hanya memuat naik video tersebut secara suka-suka dan tidak sangka ianya akan viral.Dia yang memakai pakaian lengkap berbaju melayu dan kain pelikat serta bersongkok, tidak senyum atau sengih pun semasa menari lagu Beras Cap Rambutan itu.Sehingga kini, video itu telah meraih 1.7 juta tontonan dan lebih 7,500 komen daripada netizen. Malah, Jani juga menerima direct message daripada syarikat […]

today9 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *